Sunday, June 17, 2012

Keajaiban Minda Separuh Sedar

Gelombang Otak

Tenaga elektromagnetik pada diri kita mengandungi informasi yang membenarkan otak dan
tubuh berfungsi. Getaran elektromagnetik ini pada otak ditafsirkan didalam bentuk gelombang
beta, alfa, theta, delta dan gamma. Setiap bentuk gelombang itu adalah refleksi tahap
kesedaran manusia. Fikiran sedar adalah aktif hanya ketika bentuk gelombang otak berada di
dalam keadaan beta. Potensi manusia yang terkunci didalam minda separa sedar hanya boleh
diakses ketika minda berada didalam bentuk gelombang alfa, theta dan delta.




Gambarajah 1: Pusat minda sedar (kawasan kuning) dan separa sedar (kawasan coklat)

Sebelum kita bincangkan tentang bentuk gelombang otak, mari kita mendapatkan gambaran kasar tentang lokasi
pusat minda sedar dan separa sedar. Dalam halaman minda separa sedar, kita telah bincangkan tentang di
dalam diri anda ada dua insan:

- Insan pertama adalah ciptaan minda sedar. Berdasarkan gambarajah di atas, kawasan kuning yang merupakan
 sebahagian besar dari otak adalah pusat bagi minda sedar - iaitu pusat insan yang pertama.

Setiap kali kita berfikir, setiap bentuk tindakkan dan perasaan yang kita miliki membentuk neuron dan rangkaianya 
di kawasan ini. Rutin kehidupan, attitud, pengalaman pancaindera, emosi yang kita rasa, kebolehan mengadili 
setiap benda, habit yang kita amalkan (dan semua aspek diri kita) pada setiap saat adalah semata-mata
pengaturcaraan neuro-kimia yang berkomunikasi di dalam otak melalui rangkaian neuron atau neuronet di kawasan kuning ini.

Ini bermaksud, neuro-kimikal dalam rangkaian neuron minda sedar adalah acuan personaliti diri kita yang dikenali selama ini. Personaliti ini bertugas seperti pengawal yang mengadili dan mengkelasifikasikan semua pengalaman dari dunia luar untuk proses selanjutnya dalam otak.

Pendek kata, insan pertama adalah tidak lebih dari personaliti ilusi yang dicipta oleh neuro-kimikal di neurone

- Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Pusat bagi minda separa sedar dikatakan terletak di serebelum. Walaupun serebelum merupakan bahagian yang kecil terletak di belakang bawah otak, kandungan selnya melangkaui jumlah yang terletak di pusat minda sedar. Sel granul yang berada di dalam serebelum dianggarkan sebanyak 50 bilion dan sekali gus menjadikan 3/4 dari sel otak adalah sel granul serebelum.

Ada juga yang mengatakan jika kita mengguris serebelum dengan hujung kuku kita dan meletakkannya di bawah mikroskop, kita akan mendapati jumlah sel di hujung kuku itu melebihi jumlah sel yang terdapat di seluruh kawasan pusat minda sedar.

Ringkasnya, meskipun pusat minda sedar pada otak lebih luas dari pusat minda separa sedar, ia hanya melakukan 10 peratus tugas yang mampu dilaksanakan oleh minda separa sedar. Selepas minda sedar mengadili input dari pancaindera, informasi itu dihantar ke minda separa sedar. Minda separa sedar tidak mengadili apa-apa input. Tugasnya hanyalah melaksanakan arahan mengikut acuan neuronet min


Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini

Bagaimana Ia Berfungsi






Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini diukur dan ditafsirkan kedalam bentuk frekuensi. Dari frekuensi itu, getaran dibaca dalam bentuk gelombang yang terhasil dari otak.


Terdapat 5 jenis bentuk gelombang otak - beta, alfa, thetha, delta dan gamma

Kelima-lima gelombang otak ini adalah refleksi tahap kesedaran kita. Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar,

Gelombang beta

gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak. Frekuensi tersebut terjadi apabila pada saat seseorang dalam keadaan terjaga dan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini seseorang lebih dominan menggunakan kerja otak kiri untuk berfikir, menumpukan perhatian dan sebagainya.

· Akibatnya otak menghasilkan hormon Cortisol dan Norephineprine dimana hormone ini boleh menyebabkan stress, cemas, khuatir, dan mudah marah.

Gelombang alfa

gelombang transisi dari minda sedar ke separa sedar. Perubahan kesedaran dari beta ke alfa menenangkan kita. Alfa adalah getaran yang lebih perlahan dari beta. Cintohynya seseorang yang sedang rileks, melamun, berkhayal, atau pada saat mulai rehat dengan tanda-tanda mata mulai tertutup atau mulai mengantuk.
· Anda menghasilkan gelombang alfa ketika hendak tidur, ia berlaku semasa peralihan antara sedar dan tidak sedar.
· Pada keadaan alfa inilah merupakan jalan terbukanya fikiran tanpa sedar (subsconcious mind) di mana pada keadaan ini banyak dimanfaatkan oleh pengamal hipnosis untuk mula memberikan saranan kepada pesakitnya.
· Pada keadaan ini otak menghasilkan hormon Serotonin dan Endorphine yang menyebabkan seseorang merasa tenang, selesa, bahagia, pembuluh darah terbuka lebar, degup jantung stabil. Selain itu hormon Endorphine juga bermanfaat untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya ingat.


Gelombang theta
Pada frekuensi ini seseorang berada pada keadaan bermimpi atau mengantuk. Sesetengah orang menghasilkan gelombang ini apabila tidak sedar, terhipnotis, meditasi dalam, berdoa, atau menjalani ritual agama dengan khusyuk '. Orang yang mampu mengalirkan tenaga chi prana, atau tenaga dalam, juga menghasilkan gelombang theta pada saat mereka sedang melakukan latihan atau menyalurkan tenaganya kepada orang lain

Gelombang DeltaHuman Growth Hormone (HGH) yang berguna untuk proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan sel dan jaringan, dan aktif menghasilkan sel-sel baru saat anda tertidur lelap. Selain itu hormon tersebut sangat berguna untuk proses pertumbuhan.
· Berdasarkan fakta di atas, para saintis telah mencipta teknologi yang dapat meningkatkan potensi otak manusia dengan cara meresonansi dan menstimulasi otak agar bekerja pada frekuensi tertentu sesuai dengan tujuan yang diingini, misalnya, untuk meningkatkan kemampuan berfikir, meningkatkan daya ingat, menghilangkan stress, meditasi, aktiviti-aktiviti supranatural, mengubati atau meningkatkan kesihatan bagi mereka yang menderita penyakit tertentu, mengatasi susah tidur, dan sebagainya. Sehingga mampu mengubah keadaan mental dan fizikal seseorang.

Gelombang gamma

gelombang yang membenarkan komunikasi diantara bahagian-bahagian otak. Gelombang ini kecil dan sangat laju. Meskipun ada pakar yang menganggap gelombang ini sebagai gelombang tinggi beta, kesannya terhadap emosi adalah positif. Bagi mereka yang telah lama bermeditasi, gelombang ini adalah lebih banyak dari mereka yang tidak bermeditasi. Saintis percaya penghasilan gelombang gamma secara ideal membuatkan kita lebih fokus, tinggi I.Q, mempunyai kesedaran keesaan Tuhan dan naluri kasihan belas yang tinggi.


Kesan Meditasi Dalam kehidupan Seharian Manusia


kita juga telah lihat bagaimana perubahan getaran dalam otak menghasilkan bentuk gelombang yang memberi kesan berbeza kepada minda.

Getaran yang ditafsirkan sebagai gelombang itu sebenarnya dihasilkan oleh filamen-mikro dalam neuron yang kelihatan seperti kaki sotong kurita (gambarajah 2). Pada saat anda sedang membaca tulisan ini, berbilion-bilion neuron sedang aktif dengan getaran filamen-mikro. Filamen mikro menghadamkan 10 juta bit informasi per saat yang sampai melalui deria anda. Getaran filamen-mikro ini mencetuskan pelbagai neuro-kimikal yang memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal.

Bagi seseorang yang telah lama bermeditasi, getaran ini telah dilentur untuk menghasilkan gelombang yang mencetuskan neuro-kimikal positif secara semula jadi. Mereka berasa lebih gembira, tenang, bersemangat dan memiliki kapasiti minda yang lebih berbanding mereka yang tidak bermeditasi. Disamping itu, hasil lenturan gelombang yang kerap membolehkan mereka menggunakan neuronet minda separa sedar yang tidak terjangkau oleh neuronet minda sedar. Bagi mereka yang tidak bermeditasi, stres, kerisauan dan ketegangan adalah norma kehidupan terutamannya dizaman moden ini. Bentuk psikologikal yang negatif selalunya terjadi digelombang beta.

Ketika mereka berasa kurang gembira, bimbang, kecewa, marah dan sebagainya getaran filamen-mikro bergetar bagi menghasilkan neuro-kimikal stres seperti kortisol dan norepinefrina.

Jika kita perhatikan, peristiwa dan perkara yang mencetuskan stres atau kekecewaan sering kali berulang dalam hidup mereka. Ini adalah akibat hidup di dalam neuronet minda sedar yang terbatas. Pada hakikatnya, semua penyakit kronik bukannya berakar umbi dari benda luaran seperti rokok dan sebagainya. Penyakit kronik berakar umbi dari set minda dan neuro-kimikal yang terhasil dari neuronet itu. Neuro-kimikal stres adalah sesuatu yang menagihkan. Akibat dari set minda yang terbatas, mereka mengalami ketagihan emosi dan neuro-kimikal yang memberi kesan negatif terhadap tubuh badan.





Gelombang Sistem Alfa juga bole membantu Dalam pembelajaran

Alfa adalah Alpha ( Dalam keadaan Tenang atau satu fokus / Kyusuk ) di mana tahap gelombang fikiran anda akan turun di antara 14-7 cps (Pusingan Per Saat), dalam keadaan alpha ini bermakna anda adalah dalam keadaan yang tenang - atau dalam bahasa Malaysia / Melayu nya - Kyusuk, Ketika di dalam keadaan tenang maka fikiran kita tertumpu pada perkara yang kita baca, belajar atau fikirkan, teknik pembelajaran menggunakan kaedah ini, amat menjana bagi meningkatkan lagi kepekaan sesaorang pelajar itu kepada apa yang di ajarkan di sekolah-sekolah oleh guru atau Pensyarah. Pelajar TIDAK menghafal tetapi akan mengingati kesemua pelajaran yang mereka belajar.

Apabila sesaorang itu berada didalam keadaan yang amat tenang (dalam Gelombang fikiran Alpha, antara Pusingan 14 -7 per Saat), pemikiran nya akan berpusat, tertumpu ( Terfokus ) kepada apa yang dia dengar, di baca, berfikir, di lihat atau sedang memikir didalam fikiran nya dan akan tersimpan di dalam memori di Fikiran Bawah sedar nya. Kecerahan serta kebolehan yang luarbiasa penggunaan Minda Bawah Sedar dan juga akan serta merta meningkatkan kepintaran pelajar atau sesiapa pun yang ingin pelajari ke tahap paling maksima dengan penggunaan Minda di bawah sedar atau penggunaan Otak kanan (Right Brain). Anak anda akan di ajar cara bagaimana untuk memasuki ke Gelombang Alpha ini dengan teknik yang sangat mudah.

Mulai sekarang, luangkan sedikit masa setiap hari
(sekurang-kurang 30 min)
untuk bersendirian.

No comments:

Post a Comment