Sunday, June 17, 2012

Keajaiban Minda Separuh Sedar

Gelombang Otak

Tenaga elektromagnetik pada diri kita mengandungi informasi yang membenarkan otak dan
tubuh berfungsi. Getaran elektromagnetik ini pada otak ditafsirkan didalam bentuk gelombang
beta, alfa, theta, delta dan gamma. Setiap bentuk gelombang itu adalah refleksi tahap
kesedaran manusia. Fikiran sedar adalah aktif hanya ketika bentuk gelombang otak berada di
dalam keadaan beta. Potensi manusia yang terkunci didalam minda separa sedar hanya boleh
diakses ketika minda berada didalam bentuk gelombang alfa, theta dan delta.




Gambarajah 1: Pusat minda sedar (kawasan kuning) dan separa sedar (kawasan coklat)

Sebelum kita bincangkan tentang bentuk gelombang otak, mari kita mendapatkan gambaran kasar tentang lokasi
pusat minda sedar dan separa sedar. Dalam halaman minda separa sedar, kita telah bincangkan tentang di
dalam diri anda ada dua insan:

- Insan pertama adalah ciptaan minda sedar. Berdasarkan gambarajah di atas, kawasan kuning yang merupakan
 sebahagian besar dari otak adalah pusat bagi minda sedar - iaitu pusat insan yang pertama.

Setiap kali kita berfikir, setiap bentuk tindakkan dan perasaan yang kita miliki membentuk neuron dan rangkaianya 
di kawasan ini. Rutin kehidupan, attitud, pengalaman pancaindera, emosi yang kita rasa, kebolehan mengadili 
setiap benda, habit yang kita amalkan (dan semua aspek diri kita) pada setiap saat adalah semata-mata
pengaturcaraan neuro-kimia yang berkomunikasi di dalam otak melalui rangkaian neuron atau neuronet di kawasan kuning ini.

Ini bermaksud, neuro-kimikal dalam rangkaian neuron minda sedar adalah acuan personaliti diri kita yang dikenali selama ini. Personaliti ini bertugas seperti pengawal yang mengadili dan mengkelasifikasikan semua pengalaman dari dunia luar untuk proses selanjutnya dalam otak.

Pendek kata, insan pertama adalah tidak lebih dari personaliti ilusi yang dicipta oleh neuro-kimikal di neurone

- Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Pusat bagi minda separa sedar dikatakan terletak di serebelum. Walaupun serebelum merupakan bahagian yang kecil terletak di belakang bawah otak, kandungan selnya melangkaui jumlah yang terletak di pusat minda sedar. Sel granul yang berada di dalam serebelum dianggarkan sebanyak 50 bilion dan sekali gus menjadikan 3/4 dari sel otak adalah sel granul serebelum.

Ada juga yang mengatakan jika kita mengguris serebelum dengan hujung kuku kita dan meletakkannya di bawah mikroskop, kita akan mendapati jumlah sel di hujung kuku itu melebihi jumlah sel yang terdapat di seluruh kawasan pusat minda sedar.

Ringkasnya, meskipun pusat minda sedar pada otak lebih luas dari pusat minda separa sedar, ia hanya melakukan 10 peratus tugas yang mampu dilaksanakan oleh minda separa sedar. Selepas minda sedar mengadili input dari pancaindera, informasi itu dihantar ke minda separa sedar. Minda separa sedar tidak mengadili apa-apa input. Tugasnya hanyalah melaksanakan arahan mengikut acuan neuronet min


Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini

Bagaimana Ia Berfungsi






Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini diukur dan ditafsirkan kedalam bentuk frekuensi. Dari frekuensi itu, getaran dibaca dalam bentuk gelombang yang terhasil dari otak.


Terdapat 5 jenis bentuk gelombang otak - beta, alfa, thetha, delta dan gamma

Kelima-lima gelombang otak ini adalah refleksi tahap kesedaran kita. Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar,

Gelombang beta

gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak. Frekuensi tersebut terjadi apabila pada saat seseorang dalam keadaan terjaga dan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini seseorang lebih dominan menggunakan kerja otak kiri untuk berfikir, menumpukan perhatian dan sebagainya.

· Akibatnya otak menghasilkan hormon Cortisol dan Norephineprine dimana hormone ini boleh menyebabkan stress, cemas, khuatir, dan mudah marah.

Gelombang alfa

gelombang transisi dari minda sedar ke separa sedar. Perubahan kesedaran dari beta ke alfa menenangkan kita. Alfa adalah getaran yang lebih perlahan dari beta. Cintohynya seseorang yang sedang rileks, melamun, berkhayal, atau pada saat mulai rehat dengan tanda-tanda mata mulai tertutup atau mulai mengantuk.
· Anda menghasilkan gelombang alfa ketika hendak tidur, ia berlaku semasa peralihan antara sedar dan tidak sedar.
· Pada keadaan alfa inilah merupakan jalan terbukanya fikiran tanpa sedar (subsconcious mind) di mana pada keadaan ini banyak dimanfaatkan oleh pengamal hipnosis untuk mula memberikan saranan kepada pesakitnya.
· Pada keadaan ini otak menghasilkan hormon Serotonin dan Endorphine yang menyebabkan seseorang merasa tenang, selesa, bahagia, pembuluh darah terbuka lebar, degup jantung stabil. Selain itu hormon Endorphine juga bermanfaat untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya ingat.


Gelombang theta
Pada frekuensi ini seseorang berada pada keadaan bermimpi atau mengantuk. Sesetengah orang menghasilkan gelombang ini apabila tidak sedar, terhipnotis, meditasi dalam, berdoa, atau menjalani ritual agama dengan khusyuk '. Orang yang mampu mengalirkan tenaga chi prana, atau tenaga dalam, juga menghasilkan gelombang theta pada saat mereka sedang melakukan latihan atau menyalurkan tenaganya kepada orang lain

Gelombang DeltaHuman Growth Hormone (HGH) yang berguna untuk proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan sel dan jaringan, dan aktif menghasilkan sel-sel baru saat anda tertidur lelap. Selain itu hormon tersebut sangat berguna untuk proses pertumbuhan.
· Berdasarkan fakta di atas, para saintis telah mencipta teknologi yang dapat meningkatkan potensi otak manusia dengan cara meresonansi dan menstimulasi otak agar bekerja pada frekuensi tertentu sesuai dengan tujuan yang diingini, misalnya, untuk meningkatkan kemampuan berfikir, meningkatkan daya ingat, menghilangkan stress, meditasi, aktiviti-aktiviti supranatural, mengubati atau meningkatkan kesihatan bagi mereka yang menderita penyakit tertentu, mengatasi susah tidur, dan sebagainya. Sehingga mampu mengubah keadaan mental dan fizikal seseorang.

Gelombang gamma

gelombang yang membenarkan komunikasi diantara bahagian-bahagian otak. Gelombang ini kecil dan sangat laju. Meskipun ada pakar yang menganggap gelombang ini sebagai gelombang tinggi beta, kesannya terhadap emosi adalah positif. Bagi mereka yang telah lama bermeditasi, gelombang ini adalah lebih banyak dari mereka yang tidak bermeditasi. Saintis percaya penghasilan gelombang gamma secara ideal membuatkan kita lebih fokus, tinggi I.Q, mempunyai kesedaran keesaan Tuhan dan naluri kasihan belas yang tinggi.


Kesan Meditasi Dalam kehidupan Seharian Manusia


kita juga telah lihat bagaimana perubahan getaran dalam otak menghasilkan bentuk gelombang yang memberi kesan berbeza kepada minda.

Getaran yang ditafsirkan sebagai gelombang itu sebenarnya dihasilkan oleh filamen-mikro dalam neuron yang kelihatan seperti kaki sotong kurita (gambarajah 2). Pada saat anda sedang membaca tulisan ini, berbilion-bilion neuron sedang aktif dengan getaran filamen-mikro. Filamen mikro menghadamkan 10 juta bit informasi per saat yang sampai melalui deria anda. Getaran filamen-mikro ini mencetuskan pelbagai neuro-kimikal yang memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal.

Bagi seseorang yang telah lama bermeditasi, getaran ini telah dilentur untuk menghasilkan gelombang yang mencetuskan neuro-kimikal positif secara semula jadi. Mereka berasa lebih gembira, tenang, bersemangat dan memiliki kapasiti minda yang lebih berbanding mereka yang tidak bermeditasi. Disamping itu, hasil lenturan gelombang yang kerap membolehkan mereka menggunakan neuronet minda separa sedar yang tidak terjangkau oleh neuronet minda sedar. Bagi mereka yang tidak bermeditasi, stres, kerisauan dan ketegangan adalah norma kehidupan terutamannya dizaman moden ini. Bentuk psikologikal yang negatif selalunya terjadi digelombang beta.

Ketika mereka berasa kurang gembira, bimbang, kecewa, marah dan sebagainya getaran filamen-mikro bergetar bagi menghasilkan neuro-kimikal stres seperti kortisol dan norepinefrina.

Jika kita perhatikan, peristiwa dan perkara yang mencetuskan stres atau kekecewaan sering kali berulang dalam hidup mereka. Ini adalah akibat hidup di dalam neuronet minda sedar yang terbatas. Pada hakikatnya, semua penyakit kronik bukannya berakar umbi dari benda luaran seperti rokok dan sebagainya. Penyakit kronik berakar umbi dari set minda dan neuro-kimikal yang terhasil dari neuronet itu. Neuro-kimikal stres adalah sesuatu yang menagihkan. Akibat dari set minda yang terbatas, mereka mengalami ketagihan emosi dan neuro-kimikal yang memberi kesan negatif terhadap tubuh badan.





Gelombang Sistem Alfa juga bole membantu Dalam pembelajaran

Alfa adalah Alpha ( Dalam keadaan Tenang atau satu fokus / Kyusuk ) di mana tahap gelombang fikiran anda akan turun di antara 14-7 cps (Pusingan Per Saat), dalam keadaan alpha ini bermakna anda adalah dalam keadaan yang tenang - atau dalam bahasa Malaysia / Melayu nya - Kyusuk, Ketika di dalam keadaan tenang maka fikiran kita tertumpu pada perkara yang kita baca, belajar atau fikirkan, teknik pembelajaran menggunakan kaedah ini, amat menjana bagi meningkatkan lagi kepekaan sesaorang pelajar itu kepada apa yang di ajarkan di sekolah-sekolah oleh guru atau Pensyarah. Pelajar TIDAK menghafal tetapi akan mengingati kesemua pelajaran yang mereka belajar.

Apabila sesaorang itu berada didalam keadaan yang amat tenang (dalam Gelombang fikiran Alpha, antara Pusingan 14 -7 per Saat), pemikiran nya akan berpusat, tertumpu ( Terfokus ) kepada apa yang dia dengar, di baca, berfikir, di lihat atau sedang memikir didalam fikiran nya dan akan tersimpan di dalam memori di Fikiran Bawah sedar nya. Kecerahan serta kebolehan yang luarbiasa penggunaan Minda Bawah Sedar dan juga akan serta merta meningkatkan kepintaran pelajar atau sesiapa pun yang ingin pelajari ke tahap paling maksima dengan penggunaan Minda di bawah sedar atau penggunaan Otak kanan (Right Brain). Anak anda akan di ajar cara bagaimana untuk memasuki ke Gelombang Alpha ini dengan teknik yang sangat mudah.

Mulai sekarang, luangkan sedikit masa setiap hari
(sekurang-kurang 30 min)
untuk bersendirian.

Saturday, June 16, 2012

Adolf Hitler Pemimpin NAZI jerman yang kejam

Biography

frames



Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa.

Penyertaan dalam Perang Dunia I

Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Perjanjian Versailles) Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans koperal.

Pembabitan Hitler awal dalam politik


Selepas Perang Dunia I berakhir, Hitler telah ditempatkan di Munich, ibunegeri Bavaria. Pada ketika itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin parti Sosialis Bebas Independent Socialist Party, telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis. Akibatnya pada Mei, 1919 Tentera Jerman telah memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan sosialis tersebut. Hitler sendiri telah ditahan kerana disyaki sebagai seorang berfahaman sosialis. Namun beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich.

Pada September 1919, beliau diarahkan untuk menghadiri mesyuarat German Worker's Party (GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah revolusi komunis. Sewaktu menghadiri mesyuarat ini beliau bersetuju dengan misi parti ini iaitu kearah nasionalisme Jerman dan anti-Semitisme. Walaupun beliau hadir sebagai seorang perisik, beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat tertarik dengan karisma Hitler sewaktu berpidato dan kemudiannya menjemput beliau menyertai parti ini.


Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amatlah sedikit iaitu hanya seramai 46 orang. Namun beliau tidak berputus asa dan menggunakannya keahliannya sebagai medan latihan untuk memperbaiki kemahiran berpidatonya. Lama kelamaan beliau telah digilap menjadi bintang yang bersinar dan kebolehannya untuk berpidato telah menarik ramai orang untuk menyertai parti tersebut. Hitler kemudiannya terus berkecimpung dalam arena politik. Antara lain beliau telah membawa masuk beberapa kawan tenteranya termasuk Kaptan Ernst Roehm. Kemasukan Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.


Pada Februari 1920, parti NSDAP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil "25 Points" (25 perkara). Antara lain, program ini telah menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi nasionalisme, dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang luar atau orang asing. Pada 24 Februari 1920, sebuah perjumpaan besar-besaran telah diadakan untuk mengumum program ini kepada rakyat jelata dan ia dihadiri oleh seramai 2,000 orang. Hitler sedar kejayaan parti Nazi adalah atas daya usahanya sendiri dan Drexler terpaksa meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Hitler.


Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibunegeri Bavaria. Pada 1923, ekonomi Jerman telah dilanda krisis apabila pekerja di Ruhr telah mengadakanmogok. Mogok ini berlaku kerana tentera Perancis telah menduduki wilayah tersebut setelah kerajaan Jerman gagal membayar pampasan perang mereka kepada Perancis. Pada 13 Ogos Canselor Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk kembali membayar wang pampasan kepada Perancis dan ini mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman. Walaupun begitu, revolusinya yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch" telah digagalkan. Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Pada waktu ini karier politik Hitler telah berakhir selama beberapa tahun.
[sunting]Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi


Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara 1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit diReichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.


Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandarCoburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag.


Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengandemokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.


Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
[sunting]Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"


Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.


Langkahnya yang pertama ialah mengambilalih persatuan sekerja. Selepas itu parti komunis dan Sosial Demokrat telah diharamkan. Ini disusuli pula parti lain termasuk Catholic Centre Party, Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram, dan pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000 tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai Menteri Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, radio dan sebagainya. Manakala Goering, yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi. Mereka ini kemudiannya dipanggil Gestapo.


Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam partinya sendiri. Oleh yang demikian beliau telah melaksanakan sistem pecah dan perintah divide and rule bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh seperti Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga, Roehms merupakan orang yang paling dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang besar dan berkuasa. Oleh itu, beliau telah dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler pada mulanya tidak mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila melihat dengan sendiri pegawai yang digemarinya itu melakukan hubungan homoseks dengan pegawai bawahannya.


Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjataJerman.


Namun demikian, banyak kejayaan telah berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain, Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripadaKemelesetan Besar yang melanda ekonomi dunia. Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki untuk mendapat kerja yang baru. Disamping itu, beliau telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta rakyat" dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan sistem lebuhraya autobahn di sana.


Kenapa ADOLF HITLER diketegorikan manusia yang paling dibenci dalam sejarah


Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggung jawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler telah mengorbankan lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang tewas di kem-kem penyiksaan, ghetto dan eksekusi massal, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler meninggal pada 30 April, 1945 setelah melakukan bunuh diri.

Siapakah Di Belakang Hitler?




sejarah adolf hitler, terkenal, fakta, kejam, jahat, peringkat, ahli sejarah, kacak, ciri-ciri, menarik, yahudi, kepimpinan, pekerjaan, lelaki belakang hitler, syarikat yahudi, menaja, senarai, kesimpulan, agen illuminati, kuasa wang, duit, kambing hitam, parti nazi, rakyat jerman, berani, dunia, kematian, napolean, teori, biologi, boneka, misteri
Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya. Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.



Peringkat-Peringkat Kepimpinan Diktator Hitler

Adolf Hitler adalah seorang tentera biasa yang cuma mempunyai suara yang kuat yang lantang. Walaupun kurang kacak dan tidak tinggi, tetapi kenaikan posisinya dari tentera biasa sehingga menjadi Fuhrer dalam Parti Nazi amat mencurigakan sesetengah pihak. Kenyataan ahli-ahli sejarah yang dikutip Wikipedia yang mengatakan kepimpinan Nazi memilih Hitler memimpin kerana semangat juang dan kebijaksanaan berpidato langsung tidak boleh diterima. Ia hanyalah kenyataan untuk menutup konspirasi asal bagi merealisasikan semua perancangan Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2. Hitler tidak sahaja menerajui tampuk tertinggi parti malah berjaya pula memenangkan hati rakyat dan dalam masa yang sama meranapkan parti-parti penentang dengan kejam yakni membunuh mereka sekali gus.

Berikut ialah peringkat kepimpinan Hitler;

1. Bekerja posmen Kem Infantri Regim Bavaria

2. Dilantik sebagai Lans Koperal - Pasukan Pertahanan Jerman

3. Menyertai GWP sebagai perisik

4. Dipilih memimpin GWP dan bertukar kepada Nazi

5. Pada 1932, Parti Nazi memenangi majoriti kerusi di Reichstag

6. Dalam tahun yang sama, Hitler menyebarkan propaganda Parti Komunis

Lelaki-lelaki di belakang Hitler
Maksud di sebalik peperangan ialah kos iaitu kos makan minum tentera, kos pakaian, kos minyak, kos pengeluaran senjata, kos pembinaan enjin, kos gaji buruh, kos gaji jurutera dan sebagainya. Maka Hitler tidak bergerak sendiri atas kebolehan berpidato semata-mata. Kos untuk melaksanakan dasar yang dipidatokannya sudah pun diatur penajanya.

Adolf Hitler sama peranannya dengan Napolean Bonaparte yang menjadi boneka Illuminati bagi mencetuskan peperangan-peperangan yang berterusan. Sebagaimana Napolean, Hitler tidak dapat bergerak tanpa sokongan dari orang-orang ‘besar’ dari belakang. Mereka sudah pastilah billionaire-billionaire yang sudah bersedia menaja segala macam tindak-tanduk Hitler dalam Perang Dunia Ke-

2.Penaja utama yang menerajui persiapan Hitler menghadapi perang sudah pasti Dinasti Rockefeller. Syarikat minyak Rockefeller ketika itu pemangkin utama kerajaan Jerman dalam operasi pemprosesan minyak dan gas bagi kegunaan kementerian pertahan Jerman.
Di dalam laporan dari Commercial Attache, kedutaan Amerika di Berlin pada Januari 1933, Amerika mengakui syarikat minyak Rockefeller menyumbang berbillion-billion dollar keuntungan kepada kerajaan Nazi di Jerman.

Sesuatu yang disembunyikan sejarawan barat ialah Jerman telah mengeksport gas sintetik yang tahan lama untuk digunakan jentera-jentera tentera dalam peperangan besar. Ironiknya, gas sintetik jenis hidrogen itu dihasilkan diimpor oleh Amerika untuk kegunaan makmal milik syarikat minyak Rockefeller di New York. Amerika Syarikat mengimporthampir 85 peratus keseluruhan keluaran gas tersebut dari Jerman pada 1934.
Sebelum berjaya menguasai kepimpinan Parti Nazi, Hitler telah menjemput Rudolf Hess dan Hermann Goering ke rumahnya serta beberapa pemimpin tertinggi parti. Perjumpaan ini didedahkan dalam satu akhbar Jerman iaitu Preussiche Zettung pada 3 Januari, 1937.
Antara lelaki lain yang disyaki membantu Hitler secara individu ialah Sir Henry Deterding iaitu salah seorang CEO Royal Dutch Shell. Hitler dilaporkan menerima sumbangan peribadi daripada Deterding sebanyak 55 juta pound sterling. Deterding juga ketika itu digelar sebagai “The Most Powerful Man in the World” bagi kebanyakan akhbar-akhbar dunia.

Pada 1932, seorang ahli kongress Perancis iaitu Paul Faure telah membongkar kepada akhbar bahawa sebuah firma perniagaan di Perancisi iaitu Schneider-Creuzot telah menyumbang dana rahsia kepada Adolf Hilter. Paul Faure mendakwa Hitler telah menerima sumbangan dana peribadi sebanyak 300,000 swiss gold franc.
Selain itu, seorang ahli perniagaan iaitu Fritz Tyssen dari New York disyaki antara penyumbang dana peribadi kepada Hitler bagi memastikan Hitler menguasai Parti Nazi. Tyssen juga dilaporkan penaja kewangan peribadi kepada agennya di Jerman iaitu Rudolf Hess bagi menyertai rundingan bersama Hitler.

Di antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler bolehlah diringkaskan seperti berikut:

1. Siemens and Halske (Jerman)

2. General Motor (Amerika)

3. Osram (Jerman)

4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)

5. Royal Dutch Shell (Jerman)

6. National City Bank of New York (Amerika)

7. German General Electric (Jerman)

8. JP Morgan (Jerman)

9. Ford Motor Company (Amerika)

10. Bank of Manhattan (Amerika)

11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)


Kesimpulan

Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah agen Illuminati yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti. Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.
Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis.

Sudut Kisah Yang Jarang Masyarakat dunia dengar

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...












Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...






Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :


(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Nota Tambahan: hitler pernah berkata...: semasa pemerintahanku aku boleh bunuh semua yahudi... tetapi aku tingalkanya sedikit supaya sekarang orang boleh mencari jawapan mengapa saya membunuh mereka....